Monday, December 17, 2012

Zat Yang Maha Kuasa

Tidak takutkah kita pada suatu kuasa
Yang Maha Berkuasa,
Setiap detik mencipta,
Satu zat yang tidak dicipta,
Dia adalah Tuhan, Khalik,
Segala yang ada kuasa-Nya mutlak ditangan-Nya,
Setiap nasib makhluk ditangan-Nya
Termasuk manusia,
Tuhanlah yang menentukannya,
Samada berlaku di dunia mahupun diakhirat sana,
Seorang itu mukmin atau kafir,
Soleh atau fasik,
Dialah yang mematikannya
Tidak ada kuasa yang campur tangan
Yang menentukannya,
Mati dan hidup Dia yang menentukannya,
Sakit dan sihat,
Kaya dan miskin,
Positif dan negatif,
Bodoh dan cerdik,
Cantik dan hodoh,

Semuanya ditentukan oleh Zat yang Maha Kuasa,
Umur kita Dia-lah yang menentukannya
Panjang atau pendek,
Mati dalam perut atau selepas lahir,
Mati waktu bayi atau waktu tua,
Mati pun Tuhan yang menentukan sebab-sebabnya,
Mati oleh sakit,
Mati dilanggar kereta,
Mati dibaham harimau atau buaya,
Mati jatuh kapal terbang atau jatuh kereta,
Mati lemas dilautan atau disungai,
Mati lemas sesak nafas,
Mati kerana kena bunuh,
Mati tercekik makanan,
Mati tersedak atau tercekik tulang,
Mati diwaktu rehat atau
Mati diwaktu berjalan,
Mati diwaktu tidur atau jaga,
Mati terbakar atau kerana racun,
Entah mati sebab apa-apa lagi,

Itu baru di dunia,
Di akhirat sana begitu juga,
Ketentuan semuanya ditangan-Nya,
Mati diazab atau mati dengan bahagia,
Mati diazab didalam kubur,
Atau mati selamat daripada seksa kubur
AtauÖÖÖÖ..azab mahsyar,
Atau terlepas azab mahsyar
Atau diazab di neraka,
Atau terlepas dari azab neraka,
Didalam neraka kekal selama-lamanya

Atau sementara,
Semuanya ditentukan oleh Tuhan pencipta manusia,
Kalau kita fikirkan ini semuanya
Tidak mampu nak ketawa,
Tidak mampu nak bersukaria,
Tidak lalu nak makan,
Lebih-lebih lagi nak mencerca dan menghina,
Tak lah nak makan sekalipun sesedap mana,
Mati angan-angan,
Dunia ini tidak ada harga,
Sekalipun menjadi raja,
Sekalipun berkuasa,
Sekali pun kaya.

No comments:

Post a Comment