Thursday, March 3, 2011

Kuasa Dan Kerja Tuhan

Engkau tidak lihatkah kuasa Tuhan dan kerja-kerja-Nya,
Setiap hari kita lihat, membaca dan mendengarnya,
Sungguh menakut dan mengerikan,
Orang-orang kaya, yang punya nama, tiba-tiba mati mengejut meninggalkan harta,
Orang-orang kaya yang punya glamour, tiba-tiba muflis menjadi papa,
Pemimpin-pemimpin yang ternama yang sedang membina nama,
Tiba-tiba dijatuhkan oleh rakyatnya,
Seorang yang ternama dikagumi oleh dunia mati terhina,
Gunung berapi meledak, gempa bumi menggoncang, air bah mengamuk,
Tidak dapat dibendung oleh alat-alat sains teknologi yang canggih,
Kapal terbang jatuh membunuh beratus-ratus penumpang,
Yang tidak mampu tenaga manusia membendungnya,
Belum lagi manusia mati setiap hari akibat perang yang manusia bukan suka,
Tapi tidak dapat menahan dan membendung daripada berlakunya peperangan yang memusnah,
Hampir setiap bulan di dunia ada sahaja negara yang dipukul ribut,
Memusnahkan dan merosakkan apa sahaja,
Air bah yang mengganas memusnah, meruntuh dan membinasakan apa sahaja,
Belum lagi soal-soal jenayah yang manusia tidak suka tapi terjadi,
Eksiden dan pelanggaran kereta setiap hari membunuh dan merosakkan,
Tanah runtuh dan berbagai-bagai lagi kejadian yang mengerikan terjadi,
Tidak mampu manusia mengelakkannya sekalipun mempunyai ilmu yang tinggi,

Begitulah kuasa Tuhan dan kerja Tuhan di dunia ini,
Tapi tidak ada manusia mengambil iktibar dan pengajaran,
Tidak juga manusia itu kembali kepada Tuhan,
Di Akhirat lebih lagi parah kena hukuman,
Bagi mereka yang tidak sedar dan tidak rujuk kepada Tuhan,
Yang seksaannya lebih parah lagi,
Yang penderitaannya lebih sengsara lagi dan lebih hebat.

No comments:

Post a Comment