Friday, December 10, 2010

Akhlak Seseorang yang Berilmu al-Quran.

Hazrat `Abdullah bin `Amr radhiAllahu `anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca al-Quran maka dia menyimpan pengetahuan kenabian di dalam dadanya, cuma tidak diturunkan wahyu kepadanya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai (ilmu) al-Quran memarahi orang yang pemarah dan tidak patut dia bertindak jahil terhadap orang yang jahil sedangkan al-Quran berada di dalam dadanya." (Hadith riwayat Hakim dengan sanad yang sahih)

Keterangan
Oleh kerana wahyu telah tamat selepas kedatangan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam maka sekarang wahyu tidak mungkin akan datang lagi. Namun, oleh kerana al-Quran adalah perkataan Allah subhanahu wa ta`ala yang suci maka tidak ragu-ragu lagi bahawa al-Quran itu mengandungi pengetahuan kenabian. Apabila seseorang itu telah dianugerahkan dengan pengetahuan kenabian maka adalah sangat penting dia menunjukkan akhlak yang terbaik, yang sesuai dengan keadaannya itu dan dia harus menjauhkan diri daripada akhlak yang buruk.

Hazrat Fudhail bin `Iyadh rahimahumullah telah menyatakan bahawa seseorang hafiz al-Quran adalah pemegang panji Islam. Oleh itu, dia tidak sesuai bergaul degan mereka yang menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia atau berserta dengan orang yang lalai (daripada mengingati Allah subhanahu wa ta`ala) atau termask di kalangan orang yang malas (dalam amal ibadah).

2 comments: