Friday, August 15, 2008

Pesanan Untuk Anakku

Anakku,
Kamu adalah hamba, kau mulakanlah hidupan dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.

Anakku,
Ingatlah statusmu cumalah seorang hamba berperanan sebagal wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah di muka bumiNya ini. Ertinya kamu wajib menghambakan diri kepada setiap kata dan suruhan Allah kepadaMu. Jangan hambakan diri kepada nafsu tapi hambakan kepada kehendak Allah semata-mata. Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan disetiap detik hidupmu. Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba. Kau bertuah kalau Allah perlakukanmu untuk sering merasa bahawa kamu adalah seorang hamba dan malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.

Anakku,
Seorang hamba yang taat didalam taatnya kepada Tuhannya sesungguhnya akan bersusah hati setiap kali selesai ibadahnya. Gementar hatinya kerana bimbangkan hadiah yang tidak diterima. Bahkan akan menjadi sebab kemurkaanNya. Sekali-sekali tldak terlintas dihatinya bahawa ibadahnya itu kehebatannya. la hanya keupayaan anugerah yang belum pasti nilainya di sisi Allah. Lalu dilupakan saja nikmat itu yang tinggal ialah kebimbangan tentang keputusannya nanti.

Anakku,
Kamu tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu. Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu. Kau wajib didik ia sampai menjadi mutmainnah (iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang) tidak lagi keluh kesah, gelisah, gopoh-gapah, melenting-lenting dan tidak bahagia. Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah kau zikir. Yakni fahamilah maksud Allah. Kau kekang nafsumu dengan ilmu tentang salahnya pendapat nafsu dibandingkan dengan maksud-maksud Allah lalu kau junjunglah kehendak Allah dan lawanlah runtunan nafsumu bersungguh-sungguh.

Anakku,
Sesungguhnya zikir yang agung ialah ibadah sembahyang. Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Tuhan kepada kamu. Sembahyang yang membawa kau mikraj kehadrat Allah, hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadanya. Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan. Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah. Dia tidak lagi mengganggumu dengan sombong, riak, bakhil, gelisah, gopoh-gapah, cinta dunia dan segala mazmumah. Kau akan jadi hamba yang taat dalam taat. Waktu itu kau akan mampu membawa rasa kehambaan kemana mana. Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.

No comments:

Post a Comment