Tuesday, July 1, 2008

Kelebihan Berzikir (16)

Hazrat Muawiyah r.a memberitahukan bahawa sekali Baginda Rasulullah s.a.w keluar menemui satu halqah(majlis) para sahabat lalu baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka, "Mengapa anda sekelain duduk di sini?" sahut mereka: "Kami menyebut ALLAH dan memujiNya atas nikmat agama Islam yang telah dilimpahkanNya kepada kami." Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:"Kerana itukah anda sekelian duduk di sini? Aku tak akan meminta kamu bersumpah atau aku hendak menuduh kamu, namun Malaikat Jibrail telah mendatangiku dan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t membanggakan kamu atas para malaikatNya." (Riwayat Tirmidzi, Muslim)

Yakni aku bertanya kepada kamu dengan bersumpah kerana aku hendak tahu dengan secara tepat mungkin ada amalan-amalan yang selain daripada ini yang kerananya ALLAH s.w.t membanggkan kamu atas para malaikatNya.Ini sudah terjelas bahawa zikrullah yang menyebabkan Tuhan membanggkan kamu atas para malaikatnya.

Alangkah berbahagianya mereka(para sahabat) yang ibadat-ibadatnya diterima serta pujian dan sanjungan mereka terhadap Tuhan dibanggakanNya atas para malaikatNya dan disampaikanNya kepada mereka berita melalui lidah Rasulullah s.a.w sedangkan mereka masih berada di dunia ini.Mengapa tidak, amal perbuatan mereka itu amatlah setimpal dengannya.

Hafiz-ibnu-hajar rah.a menulis dalam kitabnya 'Al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya: " Ya ALLAH,hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau.Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung.Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku). Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah).

No comments:

Post a Comment